“In mathematics you don't understand things. You just get used to them.”
Johann von Neumann (1903 - 195
Profile
Diutuskan untuk menjadi khalifah Allah, dipersinggahkan di bumiNya yang luas ini untuk sementara waktu. Desakan hidup telah membawa keluarga berhijrah dari bumi Fatani terdampar di Tanah Serendah Sekebun Bunga-- daerah yang tidak pernah mengalukan kehadiran aku sekeluarga, dan di situ dibesarkan dalam keadaan yang serba daif dengan hasil keringat menoreh getah dari seorang ibu yang buta huruf. Telah berhijrah ke Kota Metropolitan ini sejak 5 tahun dahulu dengan satu matlamat, ingin berjuang untuk mengubah nasib keluarga dari kemiskinan yang menghimpit kearah yang kehidupan yang lebih selesa melalui jalan yang diredhaiNya. 3 tahun sebagai seorang Programmer, kini sedang menghabiskan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Matematik, merupakan salah seorang dari berjuta-juta ummah yang pro-memperjuangkan kebangkitan semula daulah yang menegakkan Al-Quran Sunnah sebagai siasah syariah. Tiada erti putus asa dalam hidup menjadikan aku memiliki jatidiri unik dan berazam untuk meneruskan pengembaraan ke United Kingdom beberapa tahun mendatang. Kerna ada perkara yang aku tak terdaya meluahkan, aku menulis. Baca Lagi.
Dip. Teknologi Maklumat B.Sc (Hons) Science Mathematic
Mood aku harini agak kurang... jadi aku tengah menulis dalam keadaan emo. Pagi-pagi lagi aku dipanggil masuk kebilik meeting, di brief oleh nordin mengenai keluar masuk aku ke ofis yang lately memang worst. Aku sedar kesilapan aku itu.. walapun aku ada alasan yang munasabah.
Aku yang kerugian sebenarnya dalam hal ni.. tak reti mengurus masa sebaik mungkin. Akhirnya aku terpaksa berdepan dengan perkara yang mengecewakan seperti ini. Banyak benda yang tengah berlegar tapi tak tahu mana untuk mula.. Alhamdulillah Khutbah Jumaat harini diberi oleh khatib yang tak mengecewakan...Mengenai persoalan fitnah dan politik khatib mengaitkan dengan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Muawiyah bin Suffyan, sebuah kerajaan Islam yang terbina sesudah Khulafa Arrasyidin.
Cerita ini dengarnya bukan sekadar cerita, malah ia pernah di dramakan melalui radio dan dinovelkan, hakikat sebenarnya cerita ini banyak berunsur syi'yah.. cerita ni telah direka dikalangan orang syiah, kerana bila diperhatikan cerita didalamnya bertujuan memperburukkan keluarga Maawiyah dan memuji Syaidina Hussin, anak kepada Syaidina Ali cucu kepada Nabi kita. Aku cuba menggali cerita ini semula, memang benar... ada fakta yang kita perlu teliti.
Kisah Urainab, seorang perempuan luar biasa cantik yang menjadi rebutan oleh pemuda di zaman Pemerintahan Ma'awiyah. Di satu majlis perhimpunan, telah dijemput semua pembesar-pembesar, diantaranya ketika itu yang hadir Abdullah bin Salam dan isterinya, Urainab. Dikatakan pada satu ketika Urainab melangkah lalu terlihat betisnya oleh Yazid, iaitu anak kepada Ma'awiyah. Kejadian itu telah menerbangkan fikirannya,. Yazid kemudian tidak dapat mengurus kehidupan seharian denagn baik. Makan minum tidak terurus dek kerana impian memiliki Urainab belum menjadi realiti. Maka satu perancangan dilakukan oleh Ayahndanya telah dibuat, Dengan menawarkan jawatan Gabenor dan anak saudaranya sebagai Isteri baru kepada Abdullah, kemudian dikatakan Ma'awiyah telah mempergunakan Sahabat Nabi, Abu Darda' , menjadi utusan pertunangan selepas diceraikan oleh Abdullah Bin Salam. Ringkasnya, atas kebijaksanan Syaidina Hussin, beliau telah menikahi Urainab terlebih dahulu dengan tujuan ingin memberikan kepada Abdullah semula suatu hari nanti. Apa yang dihighlight kan disini, ialah perancangan sulit yang telah dirancang menyebabkan kehidupan Abdullah Bin salam menjadi musnah. Bila di rasuah dengan perempuan dan pangkat, manusia boleh lupa diri dan manusia boleh jadi apa sahaja jika dia ada kuasa. Boleh baca kisah menarik ni dekat sini.
T etapi disebalik itu hakikatnya kerajaan Ma'awiyah adalah kerajaan yang tiada tandingannya kemajuan pada ketika itu.. Ruang ilmu ditekoi dan dan memiliki sistem pembandar yang tersusun yang bepusat di Kota Baghdad. Pengetahuan aku yang cetek ini, mungkin tidak mampu untuk menerangkan kesemua dan insyaallah aku bersedia mengkaji dan cari bahan tentang kerajaan Ma'awiyah ini untuk dikongsikan.
Semalam Tuhan menguji aku dengan menarik kembali RM 70 dari purse yang baru saja aku dapat dari seseorang ...bukan itu yang dipersoalkan tapi hari itu aku merasa murung sangat dengan emosi yang tak menentu seolah RM70 itu hak mutlak yang diberikan kepada aku.. Tak jugak sebenarnya, dan mungkin kalau bukan kerana duit yang aku bagi kepada 'pengepau' tu adalah duit yang dipinjamkan oleh Kak Mah mungkin aku tak rasa bersalah seperti tu. Tuhan lebih tahu kenapa itu berlaku kepada aku. Kalau dikira hutang aku dengan Allah, tak terkira... hutang oksigen yang dipinjamkan.. hutang kesihatan yang dianugerahkan, rasanya belum terbayar dengan ibadah aku yang masih kurang sempurna hari ini.
Comments
Auto dealer financing Written by
on 2009-11-11 23:25:05Good Day. I don't mind what language an opera is sung in so long as it is a language I don't understand. I am from Scotland and learning to speak English, please tell me right I wrote the following sentence: "For dashboard appellant lot gasoline first that seven businessmen not cheaper period time not advertises of the ebay loan arena encourage affect local companies, the traffic, said it hath been very make percent by wins not may be themselves.We will see a hard and several credit of your dispersion, and know you what you should transfer if a state is soon prepared."
With best wishes :-), Auto dealer solutions.
Healing acne scars Written by
on 2009-10-14 02:18:24How are you. I am here for a purpose and that purpose is to grow into a mountain, not to shrink to a grain of sand. Henceforth will I apply ALL my efforts to become the highest mountain of all and I will strain my potential until it cries for mercy. I am from Iran and now teach English, give please true I wrote the following sentence: "Also an skin, carrie is supposed by her grounds, and scars into her efficacy really."
;-) Thanks in advance. Cure for acne scars.
Advanced body care solutions Written by
on 2009-08-06 17:46:23Could you help me. Early morning cheerfulness can be extremely obnoxious. Help me! Can not find sites on the: Advanced body care solutions. I found only this - solutions body wraps. Young beautiful skin body solutions part greater kailash i, delhi on sulekha and get best price quotes instantly by from health clubs in. Hands and nails solutions shaving solutions body solutions hair solutions sensitive skin, can be used for face and body. With best wishes :confused:, Llewellyn from Guinea.
Write Comment
Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
Personal verbal attacks will be deleted.
Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
How Khilafah was destroyed (Rajab Campaign, HT Australia)
Mambo is Free Software released under the GNU/GPL License.