|
Assalamualaikum ya akhawat~ Lama betul tak berupdate, aku sedikit bizi dengan kerja part time.. maklumlah tengah berusaha keras kumpul duit beli tiket. :D . Aku juga sekarang gelisah dengan pengumuman baru kerajaan Britain, kemungkinan rakyat Malaysia tidak akan dibenarkan masuk ke UK seperti biasa , 6 bulan pertama tanpa Visa. Aduuh.. baru saja berhajat nakmencuba nasib ni... Matta fair pun dah semakin dekat. Dengarnya ini kes serius sampai permohonan visa belajar pun akan melalui proses yang sukar lepas ni. Doa doalah apa yang diwar-war kan ini agar tidak menjadi realiti...
Ayat ke 9 surah Arrum memperjelaskan tentang peringatan Allah kepada kita supaya mengembara melihat kesan kesudahan orang yang telah dimurkai Allah yang sampai sekarang masih di jaga baik oleh Nya. Buktinya peninggalan Qarun, Firaun dan seumpanya masih lagi boleh kita lihat sehingga hari ini.. Tapi kenapa kesan peninggalan orang-orang baik alim ulama' jarang sekali kita dapat temui. Apa tujuan sebenarnya Allah berbuat demikian? Ayat tersebut telah menjelaskan semua kesan itu sengaja ditinggalkan, Allah menyuruh kita mengembara, melihat dan mengambil ikhtibar keatasnya... Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri memakmurkan; dan rasul-rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan. Aku sendang menghabiskan buku terbaru dibeli minggu lepas tulisan Sayyid Qutb, bertajuk Hazaa Addin Inikah Islam. Buku ini menceritakan pengalaman luas beliau mengenai dunia barat. Penulis mempunyai latar belakang yang sangat aku banggakan. Meninggal dalam keadaan syahid di tali gantung atas konspirasi jahat yang dirancang oleh pemerintahan Mesir sendiri pada waktu itu. Dihantar ke Amerika untuk mengkaji sistem sekular barat untuk dibawa dan diguna pakai oleh negara Mesir, setelah mengkaji beliau berpendapat Sistem Islam adalah yang terbaik dari yang lain. Pendapat tersebut mendapat tentangan. Beliau aktif menentang keras sistem sekular dalam penulisannya, dihadapkan atas dakwaan mengetuai kumpulan yang bakal menggulingkan kerajaan semasa belau masih aktif dalam Gerakan Islam Ikhwan Muslimun. Konspirasi itu memang telang dirancang oleh pihak kerajaan kerana tidak senang hati. Aku rasa macam kita kat malaysia sekarang pulak, betullah wujud Konspirasi antara Anwar-Najib.
Ada hasil diperolehi bila aku mendengar tazkirah dari Brother Jalal Ibn Saeed yang tersiar melalui youtube, sangat baik untuk dituliskan disini . Ia mengenai kematian, bagus untuk mengimbangi kehidupan dunia aku yang aku rasa sibuk sangat...kita ini pelupa betul aku rasa, bila Allah telah pun awal-awal lagi memberi peringatanNya dalam surah Attakathur mengenai hal tersebut. Kehidupan kita tak ada langsung terfikir untuk berlumba-lumba untuk medapatkan kehidupan selepas mati lebih dari perlumbaan mendapatkan kenikmatan dunia yang sementara. Tak berharga lagi dunia ini kata Allah bilamana Hata zurtumu makabir. Bila ? Sebaik sahaja kita reached into our graves. Tapi kehidupan kita di kubur bukan lama juga, kita diperhitungkan semula dan hari itu lah.. kebenaran terserlah. Hanya yang takwa, takut akan Alllah..mampu buat kita lupa tentang dunia... Allah seterusnya mengulangi dua ayat seterusnya menunjukkan perlunya kita berbuat demikian. Kalla saufata'lamun, thumma kalla thaufata'lamun, Right after then straight away we know how dunia is useless.. Surah ini tidak langsung menyentuh perkara-perkara yang haram, tapi mengingatkan berwaspada dengan perkara nikmat yang dipinjamkan semasa didunia.. such the thing like we all already known each other memiliki anak, pangkat dan harta. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.” 1. Kamu telah dilalaikan (daripada perkara-perkara yang lebih bermakna lagi, seperti amal bakti) oleh itu perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (perkara-perkara yang baik dari hidup dunia ini seperti harta dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh), 2. Sehingga kamu masuk kubur. 3. Tetapi jangan sekali-kali (bersikap sedemikian)! Tidak lama lagi kamu akan mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Tidak lama lagi kamu akan mengetahui! 5. Demi sesungguhnya, kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, (maka kamu akan menyedari hal itu)! 6. (Ingatlah) demi sesungguhnya, kamu akan melihat Api Neraka! 7.Selepas itu, demi sesungguhnya, kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin! 8. Kemudian, sesungguhnya kamu akan ditanya pada Hari itu tentang segala ni’mat (yang kamu rasai di dunia P/s : Have you warning for how long are you going be busy in your hear in you mind thinking of dunia.. Hu seksi betul aksi ni! Tapi sweet...
|