webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Rumah Kita - The begining of me
 Home arrow Sejarah Rumah Kita

In mathematics you don't understand things. You just get used to them.

Johann von Neumann (1903 - 195
Profile

 

Diutuskan untuk menjadi khalifah Allah, dipersinggahkan di bumiNya yang luas ini untuk sementara waktu.  Desakan hidup telah membawa keluarga berhijrah dari bumi Fatani terdampar di Tanah Serendah Sekebun Bunga-- daerah yang tidak pernah mengalukan kehadiran aku sekeluarga,  dan di situ dibesarkan dalam keadaan yang serba daif dengan hasil keringat menoreh getah dari seorang ibu yang buta huruf. Telah berhijrah ke Kota Metropolitan ini sejak 5 tahun dahulu dengan satu matlamat, ingin berjuang untuk mengubah nasib keluarga dari kemiskinan yang menghimpit kearah yang kehidupan yang lebih selesa melalui jalan yang diredhaiNya.  3 tahun sebagai seorang Programmer, kini sedang menghabiskan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Matematik, merupakan salah seorang dari berjuta-juta ummah yang pro-memperjuangkan kebangkitan semula daulah yang menegakkan Al-Quran Sunnah sebagai siasah syariah. Tiada erti putus asa dalam hidup menjadikan aku memiliki jatidiri unik dan berazam untuk meneruskan pengembaraan ke United Kingdom beberapa tahun mendatang. Kerna ada perkara yang aku tak terdaya meluahkan, aku menulis. Baca Lagi.

Dip. Teknologi Maklumat
B.Sc (Hons) Science Mathematic 

Utama
Entry Lama
Hot Picks
Gambar
Photo Log
Sejarah Rumah Kita
Blogosphere
Zaujati Solehah
Dr Gee
Shebee
Find more..
Top 5
Dakwatuna
Zul Pahang
ILuvIslam
Kelantan Blogger


   
Instrument..


Mimi Asmidar - War...





Subscribe

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin


The begining of me Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 22 April 2008

Dan ini sedikit latarbelakang aku,

Menulis blog

First of all, aku tentulah bukan seorang penulis blog yang professional atau yang selebriti macam bloggers yang ada kat luar sana, cuma ada sedikit kemahiran mengurus website. Dari situ la bermulanya idea penulisan weblog ini. Kini hampir 3 tahun mengendalikan Rumah Kita ini, dari awal 2005. Masa memulakan dulu idea menulis tak da seperti yang ada hari ini.. baru berjinak-jinak. Website pertama aku masih ada lagi dapat dilihat di geocities, (geocities.com/cekedess) kemudian beralih ke blogger.com (http://cekedess.blogspot.com). Dari situ lah mula muncul idea-idea pelik aku ni, rasa mental kalau tak dilepaskan keluaar. Idea penulisan berlatarbelakangkan kehidupan peribadi yang pada aku tiada apa yang nak dirahsiakan, rasa rugi kalau dibiarkan pergi begitu saja, lebih baik guna sesuatu yang boleh aku retrieve balik suatu hari... Sesekali terfikir, apa pendangan orang terdekat yang telah kenal secara peribadi, kalau-kalau terjumpa laman weblog ini. Aku walhal sikit pun tak rasa apa-apa, malah beranggapan kalau ada pun, bukan semua yang tahu kisah mengenai apa yang aku tulis dalam ni. Mungkin ada yang kurang percaya atau tidak percaya langsung atau ada yang menganggap idea menulis aku ini punya agenda disebalik.. jangan risau, aku tak akan tuntut apa-apa dari diorang, terpulang kepada mereka. Pada aku, inilah realitinya. Hidup kat dunia Allah ni, berbagai pandangan dan pendapat tu adalah satu nikmat. Aku lebih selesa untuk melebelkan diri aku tak lebih daripada seorang computer geek. Kat sini kalau aku suka aku bebel, even kisah cintan cintu aku dulu-dulu? cakap awal-awal kalau-kalau ada yang terjumpa, aku bebel pasal ibu bapa, bebel pasal agama, bebel pasal politik, bebel pasal komputer, yang banyak pun cerita pasal hubungan aku dengan masyarakat sekeliling... semua aku rojak kat dalam ni, so, kalau rasa tak suka tak apa. Jangan bimbang.. aku takkan cerita pasal keburukan orang aku kenal, kalau tersalah ada, aku awal-awal mintak maaf. Paling-paling banyak cerita dalam ni, kisah aku diri sendiri ... Ikutlah kalau ada orang cakap aku ini syok sendiri. Aku percaya ada perkara yang aku tak mampu luahkan kepada kawan-kawan, maka aku menulis.

Rumah Kita ni memang nama weblog ini sejak dari dulu. Apa tujuan aku nak meluahkan cerita peribadi melalui blog? Sebenarnya tak lebih dari menasihati diri aku bila aku tulis sesuatu aku rasa aku seolah aku ingin menegur diri aku sendiri. Kalau adalah sedikit cerita yang aku lalui dulu, ia juga buat terfikir satu medium untuk menegur diri aku agar tidak tergelincir dari asal usul.. paling tidak pun aku mahu juga berkongsi cerita dan pandangan melalui penulisan ni. Kisah-kisah dulu dalam hidup aku, buat aku terfikir banyaknya kelalaian aku hari ini.

Permulaan

Kehidupan aku sebenarnya bermula sebagai anak seorang penoreh getah yang kais pagi makan pagi. Sukar digambarkan kesusahan itu bagi aku yang merasa. Kesekolah dengan baju sekolah yang lusush, dua tiga tahun tidak berganti sudah biasa... pakai selagi boleh dipakai. Berbekalkan duit belanja sekolah 20 sen dari darjah 1-6 tak mengapa bagi aku. Selagi boleh bersekolah dan yuran berbayar.. walaupun setiap tahun bayaran tertunggak sehingga hujung sessi... Aku sudah lali.. sikit pun tak rasa malu kerana aku sedar aku anak orang miskin.. kalau diturutkan sedih rasa untuk budak seperti aku bila setiap kali kena panggil cikgu suruh bayar yuran tertunggak. Realitinya kalau aku tak lalu semua tu mampukah aku berdiri sendiri dan mempunyai kehidupan seperti hari ini. Kehidupan zaman selepas itu kemudiannya berubah dari penoreh getah ke pembuat kuih muih dan sehingga keperingkat mek mampu membuka kedai makan sendiri. Hidup bagaikan ada cahaya yang menyuluh kami sekeluarga, jalan semakin cerah, peluang 'berhijrah' kepada pembuat kuih tidak disiakan oleh mek dan aku antara kakitangan tak bergaji mek untuk setiap pagi dan petang ada kami adik beradik setiap seorang ada tugas -tugas yang dipertanggungjawabkan. Pagi aku berbasikal menghantar kuih, petang mengutip hasil jualan.. Hari ini semakin lama aku meninggalkan masa lalu, rasa semakin kurang semangat juang 'penghantar kuih' aku yang dulu tu. Sejak dari itu, di samping sepenuh masa menoreh getah orang, mek juga sepenuh masa buat kuih dan sate untuk edar kat kedai kawasan sekitar kampung tu. Sampai ada yang gelarkan aku dengan gelaran Sate.

Tanah air

Keluarga aku memang asalnya pendatang, nun jauh dari Pattani keluarga aku berhijrah ke Kelantan dan lahirlah aku menjadi anak Malaysia yang tidak berwarganegara Malaysia waktu itu.. Nampak macam biasa, tapi payah nak aku ungkapkan macamana kesusahan tu. Apa yang dirasai bila mak dan bapa seseorang tak ada pendidikan bukan berasal dari sini, tak memiliki status kewarganaraan merupakan masalah utama sehingga ayah berjaya mendapatkannya tu pun selepas aku dah lahir. Maka aku lahir sebagai seorang yang tiada warganegara mana-mana negara.. Huh! pening kan. So... tak payah la dengar cerita ni. Ada ceritanya kenapa kami sekeluarga terdampar di Malaysia ni.. tapi ianya takkan aku buka sampai bila-bila dan aku patut simpannya untuk tujuan kebaikan... dari dulu dan kini kami sebatang kara di bumi Malaysia ni.. Ayah dan Mek sudah berpuluh tahun kerja menoreh getah kepunyaan orang, dan aku adik beradik dibesarkan dengan hasil jualan sekerap setelah dibahagi dua dengan pemilik kebun...Setahun demi setahun hidup kami terus berubah, atas desakan hidup, bagaikan diberi petunjuk, Mek yang diketahui umum kami tidak pernah bersekolah.. tidak tahu selok belok dunia perniagaan.. mula berniaga kecil kecil sebagai pembuat kuih muih... Hah! inilah dia perempuan pertama aku, hati nya sekebal besi waja, dan semejak menjual kuih peranan aku lah yang lagi bertambah. Bapa aku adalah seorang mujahid --bagi sesiapa yang tahu sejarah Pattani akan tahu hal ni. Melayu Pattani ialah melayu yang lembut lembut, merendah diri ketika ditempat orang.. terbukti ramai yang memuji bila orang tahu aku asal dari sana.Berbeza orang kelantan, mereka lebih ke cekal dalam kehidupan merantau walaupun bekerja menoreh getah-- ada kemungkinan atas desakan hidup. Merata diceruk dunia ada Melayu Pattani.. Dari benua Arab hingga ke Negara Eropah seperti Denmark, merantau jauh ditempat orang atas desakan hidup.

Tahukah kenapa Patani tidak pernah aman ? Sungguhpun ia bukan lagi milik orang Melayu tapi rasa ianya satu kehilangan, yakin aku bumi melayu takkan terjajah kalau bukan kerana tangan orang melayu sendiri. Aku tahu sedikit sebanyak mengenai ini, bila orang melayu disana kebanyakan tidak tahu langsung mengenai sejarah orang melayu, hasil daripada sejarah Melayu 'dihapuskan' dari minda Melayu Pattani . Secara halus ia sudah tertanam dalam minda mereka, bilamana siapa yang cuba menyebarkan sejarah Melayu yang sebenar kepada anak muda Patani selalunya akan 'dilesapkan' atau istilah yang masyhur di Malaysia, I.S.A. Selain penjara, ada yang dibakar hidup-hidup. Hak pendidikan untuk orang melayu dinafikan... kebanyakan mereka hanya setakat secondary school . Bahasa melayu pernah mendapat hak walaupun dituntut oleh 90% penduduknya melayu diwilayah tersebut malah mereka semua diwajib menggunakan bahasa thai sebagai pengantara. Di sekolah mereka tiada beza antara Islam dan Budha, boleh berseluar dan berskirt pendek, walaupun tidak dipaksa tetapi ia dibolehkan. Alim ulama pondok, akan di bakar hidup-hidup walaupun hanya menyebarkan dakwah Islam dan tiada bukti untuk didakwa bersalah kerana bagi Pihak pemerintah, kekuatan Melayu hanya berada di pondok-pondok. Dianggap mereka menyebarkan fahaman terorist dan membangkitkan semangat nasionalisme. Pusat-pusat hiburan dang dut, servis seks telahpun diperluaskan. Nur Islam di Pattani asalnya gemilang kini sudah malap. Peluang perkerjaan disektor awam dan swasta hampir tiada bagi melayu kecuali mereka yang berminat perlu dihulurkan bayaran pendahuluan tertentu kepada pegawai kerajaan sebagai saguhati... Orang melayu patani juga tidak diberi peluang untuk mengecapi tahap pendidikan tinggi macam kita di Malaysia. Pattani bakal hancur kalau masyarakat melayu di sana tidak mahu bangkit dari di lena oleh kongkongan siam biarpun berhempas pulas Gerakan Islam disana mengambil jalan underground menuntut kemerdekaan seperti wujudnya PULO dan BERSATU atau BRN.

* bacaan tambahan :

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pattani_Besar
2. http://patanikini.wordpress.com/2007/08/22/patani-merayu-kapada-bangsa-sendiri/
3. http://satuumat.blogspot.com/2007/12/sejarah-pattani-lengkap.html
4. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=176368&extra=&page=1

Ayah tidak pernah dapat bekerja secara tetap pada waktu itu kerana halangan tertentu. Ada ketika kami anak beranak ditinggalkan bertahun lamanya. Berhujan atau panas, sihat atau demam balik sekolah saja, petang petang kelibat aku kena kelihatan di kedai kedai tersebut, kadang-kadang dengan memboncengi seguni tempurung dibelakang atau kadang-kala dua tiga batang buluh yang kerat-kerat pendek atau kadang-kala daun-daun pisang untuk kuih, malah kalau nasib tak menyebelahi kuih dijual yang tak habis akan memenuhi raga bahagian hadapan berlegar-legar mengelilingi kampung dengan basikal itu. Pukul 4 pagi esoknya dah kena kejut untuk hantarkan kuih kerana aktiviti menghantar kuih akan dilakukan lepas subuh. Terlewat sikit panjat pintu pagar sekolah lah jawapan dia. Kehidupan diteruskan seperti biasa, lepas hantar kuih, pergi sekolah dan balik kutip duit, cari buluh, dan tempurung kelapa. Masa bermain dengan kawan waktu petang cuma ada bile semua kerja dah di bereskan. Manalah tak tengiur untuk budak-budak macam aku ni.. Kawan-kawan aku dulu macam-macam permainan dan aktiviti kalau petang-petang.. meriah kampung aku tu. Main baling tin susu, lompat getah.. macam-macamlah permainan budak kampung.

Penghantar kuih

Peranan aku sebagai despatch bukan sahaja tolong hantar kuih dan kutip duit, tapi buluh, daun pisang dan tempurung kelapa untuk bakar sate pada hari esoknya mesti dipastikan sentiasa cukup. Aku cukup naik segan dengan Mak Teh --pemilik warung yang selalu aku hantar kuih, sebab pertama, kat rumah dia ada anak-anak dara yang comel dan pulak satu sekolah dengan aku, hehe. sebab kedua, Mak teh tu selalu kasihankan aku, dialah juga orang yang selalu beri kata-kata semangat kat aku dek kerana mungkin kesian tengok aku hampir setiap hari kehulu kehilir membantu keluarga. Basikal mini lah jadi pengangkutan utama merangkap sebagai kawan bercakap aku waktu bosan bosan. Sebab apa dia aku suka cakap dengan dia? aku kadangkala fikir dia basikal pun rasa kesusahan aku.. berbanding orang kat sekeliling. Kadang-kadang aku rasa nak bercakap dengan basikal tu bila sedih-sedih kayuh basikal dalam hujan. Aku tak boleh balik selagi kerja belum dibereskan. Samapi macam tu sekali tanggungjawab aku waktu budak dulu. Kalau tak tunggulah semburan laser mek. Mek sangat garang dan tegas. Kadang aku sedih tengok mek berhempas pulas walaupun bukan tanggugjawab dia.. Pastinya tak ramai kawan-kawan sebaya aku (waktu tu umur dah meningkat masuk tkt 1) yang berani buat kerja macam aku, walaupun untuk tujuan tolong mak dia sendiri. Bukan senang untuk membesar sebagai seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun yang terpaksa menerima hakikat bahawa kedai-kedai makan disepanjang jalan kampung itu adalah taman permainannya diwaktu petang. Hujan-hujan lebat kilat berdentum pun aku kayuh jugak, aku bukan ada baju hujan!

Nak menggambarkan naifnya aku, bila teman sekolah berbincang mengenai Kuala Lumpur atau tempat lain yang mereka dah pergi, aku tenganga-nganga mendengar. Dalam kepala bestnya Kuala Lumpur tu.. tanah merah pun aku tak pernah jejak jauh lagi nak kenal Kuala Lumpur. Aku waktu tu mana pernah tahu Kuala Lumpur tu, kat mana Kuala Lumpur dan apa sangat yang aku tahu tentang Kuala Lumpur untuk aku layak menyampuk sama... maklumla budak miskin yang tak terdedah dengan kehidupan moden.. even Tanah Merah yang dekat dengan kampung aku tu pun, aku belum pernah jejak. Aku langsung tak kisah kalau aku ketinggalan bab tu. Kehidupan yang serba serbi daif buat aku tak ada peluang untuk kenal kehidupan orang bandar waktu itu. Bagi mek berjalan tu habiskan duit. kalau dah makan pun kadang kadaag ikat perut, apa lagi nak berjalan-jalan? Maklumla hidup dibumi asing.. Sehingga aku terpaksa curi-curi peluang minta kebenaran mek, bila kawan ada baik aku yang mek percayai ajak menemani dia ke Kota Bharu, seingat aku masa tu dah di Tingkatan 2. Waktu tu lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke shopping complex.. mengenali escalator, mydin.. terasa darat (hulu) sangat masa tu tapi hati seronok. hehe.. Kesian kat aku.

Menjual burger

Sejarah duka aku tidak terhenti disitu, sampai suatu hari atas desakan hidup, aku mengambil keputusan untuk bantu keluarga dengan menjual burger.. bermodalkan beberapa puluh ringgit aku mula kecil-kecil. Budak sangat waktu tu... belum SPM pun lagi tapi tekad kuat untuk bantu family. Akhirnya.. sedikit sebanyak aku dapat bantu adik-adik dan kakak beli baju raya mereka. Kalau tak.. kadang-kadang baju raya kami hampir tak berganti. Masa tu cari duit bantu keluarga dah jadi yang pertama dan pelajaran aku dah jadi no dua. Lumrah budak-budak sebaya aku waktu tu, mandi sungai main bola, itu keja petang-petang kalau ada masa lepas selesai semua kerja mengutip duit.. Pagi aku akan bangun seawal 4:30 pagi untuk tolong-tolong mek. Secara tak langsung tindakan itu, untuk budak seperti aku telah buat aku ke sekolah lambat, kerja sekolah tak buat..tak da masa untuk membaca.. Kalau sekolah rendah dulu aku selalu bersaing dengan budak perempuan kelas aku tu, Yusazilawati..Walaupun aku berpeluang jejak ke mana-mana tadika semasa umur 6 tahun, aku mampu bersaing dengan mereka. Selalu bila dia dapat no 2 aku akan dapat no 3, kalau aku dapat no 2, dia akan dapat no 3 hingga satu tahap aku dilantik sebagai pengawas sekolah. Aku boleh dikatakan terkehadapan dari budak-budak lain. Sampai saja darjah enam.. merosot teruk, tak de masa untuk buku, tak de masa untuk kerja sekolah sebab time dah mula tugas jadi penghantar sate. Aku terima semuanya sebab mek pesan itu perjalan hidup kami yang dah ditentukan dan Alhamdulillah.. UPSR aku tak seteruk mana.

Kalau dulu, bercita-cita untuk mejadi seorang yang hebat-hebat bila besar umpama mimpi disiang hari bagi aku. Sangat tinggi cita-cita tu aku rasa untuk kanak-kanak yang benasib macam aku. Tak mungkin aku menyesal kenapa aku diberi pengalaman menghantar kuih.. mengutip sekerap. Bagi aku Tuhan sungguh adil, tak ingin melihat kami mencapai kejayaan dengan cara yang senang seperti orang lain. Menjadikan mek sebagai idola aku, cita-cita aku tu tak pernah padam.

Zaman kegemilangan

Image Sedar tak sedar, walaupun tekanan demi tekanan mek berjaya buka kedai sendiri hasil bantuan seorang duda yang tinggal bersendirian di kampung tu, teman menoreh mek.. Abang El lah yang meminjamkan sejumlah RM 300 kepada mek untuk dijadikan modal. Hingga kini mek masih usahakan warung itu. Siapa sangka dengan pengalaman dari seorang penoreh kemudian menjual kuih ditambah lagi dengan buta huruf dari kecil kedai yang bermodalkan RM300 tu boleh berkembang sebesar hari ini. Bersumberkan rezeki dari situ mek mampu beli tanah berekar-ekar, kereta Pajero yang ayah guna sekarang, buat rumah atas tanah sendiri. Bagi kami, itu semuanya pinjaman Allah... bila-bila masa boleh ditarik semula.

Selepas saja aku habis SPM, aku berhenti belajar. Aku sebenarnya waktu tu sangat 'buta' pasal pendidikan. Meraba-raba tak tahu pun apa laluan aku yang seterusnya untuk aku patut tempuh. Sebelum-sebelum ni pun tak ada dalam sejarah dalam family yang dah lalu untuk bagitau aku...mek pun tak blaja sekolah, Nak harapkan kakak aku bagitahu.. bagi seorang perempuan yang tak agresif, aku tak rasa dia tahu selok belok sistem pengajian kat Malaysia ni. Kepala aku tak pernah terisi dengan maklumat-maklumat tu... sebelum tu Isi borang UPU apa tujuan dia masih pun masih kabur-kabur dan begitulah seterusnya. Nasib aku taklah berapa baik, result pun kurang cemerlang tapi terbilang dan bukan temberang... Manalah nak cemerlang kalau dah study pun tak da masa. Salah aku juga main-main pun banyak. Lagipun bila fikir secara logik aku waktu tu, aku tak fikir aku boleh pergi jauh, memandangkan surat yang aku hantar dekat kementerian mengatakan aku tak layak masuk Universiti di Malaysia memandangkan status aku bukan seorang warganegara. Masih aku simpan lagi surat tu kalau tak silap. Sehinggalah suatu hari, hamba Allah tolong aku dapatkan status warganegara. Sebenarnya aku yang usahakan sendiri semua... Cuma pada mulanya aku tak tahu macamana nak berurusan dengan Kementerian.. tak tahu apa prosedur untuk mohon kewarganegaraan.. Budak tak matang berfikir lagi, tu pun waktu aku dah mula menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Tapi aku, memang Lone Ranger dari dulu lagi. Sebab tu lah kot aku tak ramai kawan yang sekepala sangat. Alhamdulillah, walaupun aku tak kenal sangat dengan komputer waktu tu, tapi Tuhan bagi petunjuk kat aku untuk explore lebih lagi dalam bidang IT. So bila minat dah ada, aku cuba-cuba ja untuk dapatkan Diploma. Alhamdulillah berjaya habiskan dalam 3 tahun. Kini aku sambung sedikit lagi dalam bidang Matematik.. kerana minat aku kat matematik ni, memang sejak kecik lagi. Secara tak langsung sedikit-demi sedikit Tuhan bukakan jalan untuk aku. Pesan kepada diri aku...Jangan lupa untuk harus banyak bersyukur. Hati aku masih gembira tesenyum melihat kejayaan adik aku yang dihantar belajar ke Luar Negara. Tak semena-mena, akulah mempertanggungjawabkan diri sendiri menjadi backbone yang bekerja keras memastikan cita-cita untuk menjadi Doktor adik aku tu tercapai, aku ibaratkan yang Mek telah menyerah tugas itu 100% keatas diri aku. Ramai yang terkejut dengan tawaran yang ditawarkan oleh MARA yang adik aku dapat yang sebelum itu ramai orang kampung memperlekehkan mek dengan mengatakan mana boleh kalau anak orang bukan warganegara dapat biasiswa MARA. Tapi tak da siapa terfikir perancangan Allah yang hebat ini kan. Tak nak lah panjangkan cerita orang kampung aku ni.. makin sakit hati bila fikir balik.. orang macam tu tak layak hidup kat bumi Allah.. sebab mengagungkan pemimpin lebih dari Allah. Ok aku sambung.. Pastinya aku kenal orang tua aku, untuk mereka membaca nama jalan, nak bertanya..nak travel ke mana-mana.. mereka perlu ada sesuatu permulaan yang boleh membuka minda. Tambah lagi dengan adik aku nak mengisi borang tak tahu mana nak mula. Hidup kami selalunya untuk kemana-mana mesti bergantung dengan orang lain.. Maklumlah dulu tak de kereta macam sekarang. Kesan dari tu, aku jadi orang penting untuk setiap perkara yang melibatkan keputusan dalam keluarga aku. Pengetahuan mereka tentang ini tentunya kosong melainkan bergantung dengan orang lain, tak tahu jalan mana untuk ke MRSM Terengganu, macamana cara untuk daftarkan matrikulasi Pulau Pinang untuk adik, daftarkan kursus persediaan ke Egypt di Pahang, ke Kuala Lumpur mengurus temuduga Mara. Even kalau aku suruh naik bas yang akan turun kat tempat yang khas seperti Putra, mek tak pernah memberanikan diri. Semua perkara tu yang dah berlalu tu aku yakin aku adalah hanya laluan perantara untuk mempermudahkan urusan mereka. Lagi sekali aku rasa tuhan telah menolong hambanya yang tak tahu apa apa mengenai ini.

Diusir

Nak sangat aku boleh gambarkan kat sini gambaran bagaimana keluaga kami diusir oleh tuan tanah suatu ketika dulu... panjang lah lagi intro ni nampaknya. Dulu setelah berhijrah kesini kami hanya mampu menyewa tanah untuk dibangunkan rumah sendiri. Entah kenapa, tragedi tu berlaku dua kali sepanjang zaman aku masih budak-budak.. Mungkiin hikmah dia apa yang kita dapat sekarang.. Kali pertama tuan tanah di hasut oleh jiran sebelah akhibat dengki.. berpindah kali kedua pun hal yang sama juga... kali ini tuan tanah yang tak puas hati bila ayah dah start beli lembu, aku dah mampu pakai basikal.. mengudang kitidakselesaan dimata dia, mulalah degan seribu alasan. Image Demikian sikap orang kita.. selalu tak senang bila melihat orang senang.. lebih suka tengok orang lain susah dari dia. Tapi bila aku perhatikan, Allah sungguh adil, kesemua mereka.. aku rasa dah dapat reward serta merta.. macamana macamana tu.. tak perlua describe, tapi aku yakin, dan tengoklah sekarang.. Mek yang lebih kehadapan berbanding mereka walaupun dimata orang masih melihat mek sebagai pendatang bukan orang tempatan bukan orang tempatan. Dan pembaca, Ingatlah... Doa orang yang dizalimi Allah akan terima tanpa hijab...

Impian

Orang melayu yang aku jumpa selalu akan kata kenapa perlu susah-susah untuk pergi memulakan hidup kat dunia luar sana, ya macam apa yang aku akan rancang. Even diawal perkahwinan aku dulu, bapa saudara wife aku tu pun pernah cuba padamkan cita-cita aku tu. Kat sini pun aku cukup makan, ada kereta sendiri keselamatan pun terjamin dah tentu-tentu kat sana belum tahu lagi.. Pernah aku berbicara dengan seorang Malaysia ketika terserempak di suatu kedai buku KLCC, aku diam membisu bila dia bertanya pada aku kenapa tak nak cuba jalan-jalan ke negara-negara yang dekat dengan kita dulu macam Thailand atau Indonesia. Dalam hati, Thailand tu tempat asal-usul aku.. tak perlu cerita. Aku anak Mek yang ada jawapan tersendiri kenapa, yang aku yakin... United Kingdom, destinasi aku seterusnya. Bagi aku yang suka dengan menyelongkar ilmu-ilmu baru, ia ialah satu benda yang perlu cari, tak mungkin datang dengan sendiri. Kalau aku nak jadi skema sket.. aku akan bagi pendapat yang macam ni kat orang tu, "kita mesti ingat dari mana kemajuan Eropah kalau bukan peradaban Islam yang dibawa pulang hasil dari perang-perang salib atau masa tu mereka datang menuntut ilmu di Sepanyol dan balik menerjemahkan karya orang Islam ketika Islam menguasai dunia dulu. Apa guna, sekarang kita hanya mampu merasa, melihat kemajuan mereka tanpa kita dapat menguasai bidang ilmu yang mereka ada. Bukan aku seorang sahaja yang berfikiran begini, ramai lagi yang dekat luar sana..Aku berpendirian, kita bila ada peluang jangan lebih sangat bertumpu kepada materi semata-mata lebih dari nilai ilmu yang kita dapat itu sendiri. Lebih kecewa bila di negara sendiri, Islam semakin ditekanm dihina dan dicerca, tapi sebaliknya di negara lain mereka cuba menghampiri Islam. Rasanya padanlah pengenalan ni sampai kat sini. Takbiiiirr..Allhuakbar!!3x

 




How Khilafah was destroyed (Rajab Campaign, HT Australia)

Top of page


Mambo is Free Software released under the GNU/GPL License.