“ “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hati mereka gementar apabila disebut nama Tuhan, dan apabila dibacakan ayat-ayat Ilahi, semakin bertambah iman mereka. Mereka berserah diri sepenuhnya (tawakkal) kepada Allah.Mereka senantiasa mengerjakan sembahyang, dan menafkahkan (untuk amal kebajikan) rezeki yang dikurniakan kepada mereka. Itulah sifat-sifat orang yang beriman. Mereka selalu mendapat kehormatan, keampunan dan rezeki yang berharga di sisi Tuhan.””
(Al-Anfal:2-4)
Profile
Diutuskan untuk menjadi khalifah Allah, dipersinggahkan di bumiNya yang luas ini untuk sementara waktu. Desakan hidup telah membawa keluarga berhijrah dari bumi Fatani terdampar di Tanah Serendah Sekebun Bunga-- daerah yang tidak pernah mengalukan kehadiran aku sekeluarga, dan di situ dibesarkan dalam keadaan yang serba daif dengan hasil keringat menoreh getah dari seorang ibu yang buta huruf. Telah berhijrah ke Kota Metropolitan ini sejak 5 tahun dahulu dengan satu matlamat, ingin berjuang untuk mengubah nasib keluarga dari kemiskinan yang menghimpit kearah yang kehidupan yang lebih selesa melalui jalan yang diredhaiNya. 3 tahun sebagai seorang Programmer, kini sedang menghabiskan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Matematik, merupakan salah seorang dari berjuta-juta ummah yang pro-memperjuangkan kebangkitan semula daulah yang menegakkan Al-Quran Sunnah sebagai siasah syariah. Tiada erti putus asa dalam hidup menjadikan aku memiliki jatidiri unik dan berazam untuk meneruskan pengembaraan ke United Kingdom beberapa tahun mendatang. Kerna ada perkara yang aku tak terdaya meluahkan, aku menulis. Baca Lagi.
Dip. Teknologi Maklumat B.Sc (Hons) Science Mathematic